Oleh - Ahmad Yaakob SMKJ2
BILIK BERADU SULTAN MELAKA
Menurut Ghulam Jie M Khan Kubur Francis Xavier ialah tempat beradu Sultan Melaka.
Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-56 saya terpanggil untuk mengisahkan penjajahan Portugis selama 130 tahun di Melaka. Portugis mula menyerang Melaka pada 25 Julai 1511. Melaka jatuh ketangan Portugis pada 24 Ogos 1511. Selepas Portugis menawan Melaka, mereka membina Kota A Famosa sebagai kubu pertahanan. Menurut Muhd Yusuf Ibrahim, berikutan dengan kemenangan itu, orang Portugis melakukan keganasan dan pembunuhan yang kejam terhadap orang Melayu, sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak; terutama yang beragama Islam. Mereka juga telah merampas banyak khzanah di Melaka khususnya yang terdapat dalam istana Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud, serta rumah pembesar-pembesar yang telah turut sama berundur. Harta itu mereka bawa kembali ke negara mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan