Khamis, 8 Disember 2016

MAKAM SEPUTUM DI PASIR SALAK, PERAK

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
R&D TAHUN 2013.
Pada 21 Disember 2013 saya bersama keluarga telah bertolak dari Bandar Tun Razak Jengka untuk membuat penyelidikan sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Ini menyebabkan tiga hari saya tidak dapat menulis di Blog.Tempat sejarah pertama yang saya temui ialah Makam Seputum. Seputum diarahkan oleh Sultan Abdullah supaya membunuh J.W.W Birch. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch. Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak  kepala Birch dengan pedang dua kali sehingga mati[1].

      Birch tenggelam lalu dihanyutkan oleh arus sungai. Mayat beliau ditemui pada hari yang sama 2 November 1875 kira-kira 200 ela dari tempat kejadian Terdapat beberapa kecerderaan ditemui dibadannya seperti ditikam  dengan lembing, kaki kirinya ditetak dengan parang dan jarinya terputus serta kecederaan di kepala dan tangan. Mayatnya kemudian dibawa ke Bandar Bahru.  

      Seputum dihadapkan ke mahkamah pada bulan Mac 1876. Beliau didapati bersalah dan disabitkan dengan pembunuhan Birch. Beliau dijatuhkan hukuman gantung dan hukuman dilaksanakanpada 20 Mei 1876.[2]


MEMORIAL SEPUTUM

MAKAM SEPUTUM

AL-FATIHAH UNTUK PAHLAWAN SEPUTUM




[1] Ruslan Zainuddin,Sejarah Malaysia Edisi Kedua,(Kursus Komprehensif Fajar Bakt (Shah Alam: Fajar Bakti,2003),250.
[2] Ibid,253.

1 ulasan: