Jumaat, 23 Disember 2016

SEJARAH FELDA JENGKA 8

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
 JALAN MASUK UTAMA KE FELDA JENGKA 8

      Tanah Rancangan Jengka 8 terletak dalam daerah Maran dan jaraknya 28 kilometer dari bandar Jerantut. Tanah Rancangan Jengka 8 telah dimajukan pada tahun 1967 dengan keluasan tanaman getah seluas 1,527.90 hektar dan 110.20 hektar adalah kawasan perkampungan. Tanah Rancangan Jengka 8 ini telah berjaya mengeluarkan hasil pertamanya pada bulan Julai 1978. Pada tahun 1972 seramai 358 keluarga peneroka Melayu telah ditempatkan di Tanah Rancangan Jengka 8 yang pecahannya adalah seperti berikut. Seramai 28% peneroka berasal dari Kedah, 27% dari Pahang, 18% dari Perak, 13% dari Kelantan dan 14% dari negeri-negeri Melayu yang lain.1

      Secara keseluruhannya bilangan penduduk bagi tanah rancangan ini ialah seramai 2,944 orang. Sejumlah 313 orang peneroka dari Tanah Rancangan Jengka 8 telah berjaya menjelaskan bayaran kembali. Pendapatan para peneroka di Jengka 8 lebih kurang melebihi RM1000.00 sebulan. Para peneroka telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan asas dan prasarana yang lengkap. Di samping mengusahakan kebun getah para peneroka juga telah berjaya mengusahakan ternakan lembu dan biri-biri serta juga terlibat dalam perniagaan dan kegiatan koperasi.2



1Nordin Hussin, “ Jengka 1966”, (Federal Land Development Authority FELDA, Kuala Lumpur 2001),48.
2 Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan