Selasa, 20 Disember 2016

TEMPAT JWW BIRCH DI BUNUH DI PASIR SALAK

Oleh-Ahmad bin YAAKOB
Pada 21 Disember 2013 saya bersama keluarga telah bertolak dari Bandar Tun Razak Jengka untuk membuat penyelidikan sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak..Tempat sejarah yang saya temui ialah Tempat JWW Birch dibunuh. Menurut Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali, watak penting yang dimainkan Dato' Sagor dalam pembunuhan JWW Birch bukan hanya dapat disaksikan pada hari pembunuhan pada 2 November 1875.Sejak mesyuarat pertama mengenai rancangan itu pada 21 Julai 1875, di rumah Haji Mat Yasin di Durian Sebatang, Dato' Sagor telah melibatkan diri.Pakar sejarah, Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali  berkata, malah belum sempat Sultan Abdullah membuat keputusan, Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela antara pembesar yang tanpa banyak soal sedia melaksanakan tugas tersebut.

"Pada mesyuarat pertama, Laksamana mengesyorkan supaya JWW Birch diracun. Sultan Abdullah pula mencadangkan supaya 'bermain' hantu jika langkah meracuni JWW Birch gagal."Cadangan Maharaja Lela pula adalah dengan cara menikam. Dato' Sagor pula menyatakan, sekiranya Dato' Maharaja Lela menikam JWW Birch, dia akan menyerang Bandar Bahru, kediaman JWW Birch dan menurunkan bendera British," katanya.
 foto 1: Penulis bergambar di Tempat JWW Birch dibunuh
. Seputum diarahkan oleh Sultan Abdullah supaya membunuh J.W.W Birch. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch. Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak  kepala Birch dengan pedang dua kali sehingga mati[1].

      Birch tenggelam lalu dihanyutkan oleh arus sungai. Mayat beliau ditemui pada hari yang sama 2 November 1875 kira-kira 200 ela dari tempat kejadian Terdapat beberapa kecerderaan ditemui dibadannya seperti ditikam  dengan lembing, kaki kirinya ditetak dengan parang dan jarinya terputus serta kecederaan di kepala dan tangan. Mayatnya kemudian dibawa ke Bandar Bahru. 

      Seputum dihadapkan ke mahkamah pada bulan Mac 1876. Beliau didapati bersalah dan disabitkan dengan pembunuhan Birch. Beliau dijatuhkan hukuman gantung dan hukuman dilaksanakanpada 20 Mei 1876.[2]

[1] Ruslan Zainuddin,Sejarah Malaysia Edisi Kedua,(Kursus Komprehensif Fajar Bakt (Shah Alam: Fajar Bakti,2003),250.

[2] Ibid,253.

1 ulasan:

  1. Ayo dengan modal kecil bisa menang banyak lo gays?
    Dengan modal Rp20.000,
    Anda bisa menang "Puluhan Juta" !!!
    Hanya di Sinidomino. xyz
    Untuk info lebih lanjut, Hubungi :
    -Pin BBM : D61E3506 (24 jam Online )

    dewa poker

    BalasPadam