OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sebelum sampai ke Kompleks Sejarah Pasir
Salak saya terlebih dahulu sampai di Kampung Gajah, Perak.Kapung Gajah
merupakan nama kampung yang agak unik. Kapung ini diberi nama Kampung Gajah
berdasarkan kepada tiga kisah lagenda. Pertama, Kampung Gajah dinamakan Kampung Gajah kerana dipercayai
banyak didapati gajah-gajah yang berkeliaran di Bukit Tunggal dalam Kampung
Gajah. Gajah-gajah ini hidup dengan memakan
tanaman-tanaman yang diusahakan oleh penduduk, seperti pokok pisang dan
kelapa, yang gajah suka makan umbutnya. Dari sinilah dipercayai kampung itu
dinamakan Kampung Gajah.[1]
Legenda kedua ialah sewaktu
tentera-tentera Siam datang hendak menyerang Kampung Gajah mereka melihat
banyak kesan-kesan tapak kaki gajah dalam sawah dan di tebing sungai yang
menimbulkan rasa cemas dan takut di hati mereka. Justeru mereka membatalkan
hasrat mereka untuk menyerang Kampung Gajah. Sedangkan apa yang mereka lihat
itu bukannya tapak kaki gajah yang sebenarnya, tapi kaki manusia yang membesar
dan membengkak kerana diserang oleh penyakit untut yang berpunca dari gigitan
sejenis nyamuk yang dipanggil elephhhantiatis yang banyak terdapat di paya-paya
tropika.
Legenda ketiga berhubung dengan sebuah
batu besar yang menyerupai seekor gajah yang terletak di kaki Bukit
Tunggal. Batu Gajah itu mengikut legenda
berasal dari seekor gajah yang telah disumpah oleh makhluk halus yang dipanggil
Sang Kelembai. Makhluk ini dipercayai tinggal dalam hutan dan tidak suka
mendengar bunyi bising. Bila ada sesiapa membuat bising, Sang Kelembai yang
dipercayai mempunyai kuasa sakti akan menegur, dan bila ditegur manusia atau
binatang yang membuat bising itu terus bertukar menjadi batu.[2]
Fot0 1: Kapung Gajah
[1]
Pondok Rahmat, “Kampung Gajah Dalam Lakaran Sejarah Perak”, http://pondokrahmat .blogspot.my/2013/11/kampung-gajah-dalam-lakaran-sejarah.html
(diakses pada 23 Disember, 2016).
[2] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan