OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Di Pasir Salak terdapat sebuah
rumah tradisional lama yang dinamai sebagai Rumah Kutai. Rumah ini dibina pada
zaman Kesultanan Melaka dan Perak. rumah ini diduduki oleh Pengasas pada zaman
Kesultanan Sultan Abdullah iaitu Sultan Perak pada tahun 1874. Rumah ini
dijadikan tempat untuk semua bentuk aktiviti yang dijalankan yang melibatkan
pemerintahan dibawah Sultan Abdullah. Rumah Kutai ini masih lagi bertahan
sehingga ke arini kerana strukturnya pembinaan dan pembentukannya bertahan
sehingga ke hari ini.
Kini, setelah seabad berlalu,
Rumah Kutai ini masih lagi wujud dan strukturnya masih bertahan dan Rumah Kutai
ini dijadikan sebagai tempat Muzium iaitu tempat untuk para pelancong atau
pengunjung melihat barangan atau peralatan yang dijadikan pameran.
Terdapat pelbagai barangan dan
peralatan yang digunakan semasa Kesultanan Abdullah dan penjajah British yang
menguasai Pasir Salak terdapat didalam Rumah Kutai ini. Kita boleh mengetahui
barangan dan peralatan yang digunakan bagi mendapatkan gambaran dan pengetahuan
tentang sejarah mereka dahulu kala.[1]
[1]http://pasir-salak-holiday.blogspot.com/hlm.1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan