Isnin, 28 Ogos 2017

MAKAM DIRAJA KAMPUNG MARHUM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada 26 Ogos saya merasa amat teruja kerana kembali ke Kuala Pahang setelah anak saya mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti Malaysia Pahang. Sejak berpindah dari SMK Tengku Abdullah Pekan 1996, buat pertama kali saya menjejak kaki ke Kampung Marhum., Kuala Pahang.Matlamatnya ialah untuk membuat penyelidikan sejarah di Makam Diraja Kampug Marhum.Makam Diraja Kampung Marhum, Kuala Pahang terletak di Pekan, Pahang. Makam Diraja Kampung Marhum ini terletak di tebing kiri muara Sungai Pahang di antara Kuala Pahang dan Kampung Marhum. Makam ini merupakan antara makam bersejarah yang terdapat di daerah Pekan.

      Menurut Sejarah Pahang, Makam Diraja Kampung Marhum telah wujud sejak kurun ke-18 lagi. Bendahara Tun Habib Abdul Majid merupakan Bendahara Pahang pertama disemadikan di situ, dalam tahun 1780-an. Diikuti Bendahara Tun Koris dalam tahun 1806 dan Bendahara Wan Ali dalam tahun 1856.[1]

      “Kebanyakan yang dimakamkan di kawasan tersebut terdiri daripada keluarga diraja antaranya Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah, Sultan Mahmud (Sultan Pahang kedua),Sultan Abdullah (Sultan Pahang ketiga), Bendahara Tun Korish, Bendahara Tun Ali, Tun Fatimah (Tengku Ampuan pertama), dan Sultan Mahmud Muzaffar Lingga-Riau dan Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Shah (Raja Johor kedua).

“Makam tersebut dipercayai digunakan sejak abad ke 19 namun jika melihat kepada kepelbagaian batu nisan yang sebahagiannya terdiri daripada batu nisan Aceh, kewujudannya mungkin lebih awal daripada zaman tersebut. Ini kerana penyebaran batu Aceh dikatakan berlaku antara abad ke-13 hingga ke-19,” katanya.[2]


[1] http://almuazzamshah.blogspot.my/2013/02/sultan-pahang-pertama-disemadikan-di.html
[2] http://m.utusan.com.my/rencana/makam-tinggalan-sejarah-1.66615

Sabtu, 14 Januari 2017

MASJID NEGERI PAHANG 1888

oleh-AHMAD BIN YAAKOB


      Saya rasa amat gembira kerana dapat sekali lagi berkunjung ke Masjid Negeri Pahang pertama  pada tahun 1888. Kalau pertama saya solat zohor di Masjid Negeri ini pada tahun 2008.
Masjid Negeri ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan.Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini.Pada asalnya,atap masjid di perbuat daripada papan.

      Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri Pahang kerana kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898,sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.Menurut cerita orang tua-tua,salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa dilanda banjir besar.Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971.Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia.

Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi,yang merupakan imam kedua masjid ini.Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat.Imam yang pertam menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih Bin Hussin.Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato’ Abu Samah bin Haji Ali (Setiausaha Kerajaan Pahang) , Tun Abdul Razak bin Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah.Pada tahun 1980 pengurusan masjid ini telah di ambil alih oleh masyarakat India Muslim sehinggalah sekarang,pada ketika ini masjid tersebut di kenali sebagai Masjid India.[1]



[1] http://pdtlipis.pahang.gov.my/index.php/daerah/penghulu-mukim/8-daerah,1.

Isnin, 2 Januari 2017

Melaka Dijajah Portugis 130 Tahun

Oleh - Ahmad Yaakob SMKJ2
    BILIK BERADU SULTAN MELAKA
Menurut Ghulam Jie M Khan Kubur Francis Xavier ialah tempat beradu Sultan Melaka.
      
       Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-56 saya terpanggil untuk mengisahkan penjajahan Portugis selama 130 tahun di Melaka. Portugis mula menyerang Melaka pada 25 Julai 1511. Melaka jatuh ketangan Portugis pada 24 Ogos 1511. Selepas Portugis menawan Melaka, mereka membina Kota A Famosa sebagai kubu pertahanan.  Menurut Muhd Yusuf Ibrahim, berikutan dengan kemenangan itu, orang Portugis melakukan keganasan dan pembunuhan yang kejam terhadap orang Melayu, sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak; terutama yang beragama Islam. Mereka juga telah merampas banyak khzanah di Melaka khususnya yang terdapat dalam istana  Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud, serta rumah pembesar-pembesar yang telah turut sama berundur. Harta itu mereka bawa kembali ke negara mereka.