Pada 26 November 2013 saya ke MRSM Kuantan kerana menghantar anak saya yang menduduki ujian kelayakan ke MRSM 2014 bagi pelajar Tingkatan 4. Oleh kerana masa peperiksaan jam 2.00-5.30 petang, maka saya mengambil kesempatan membuat penyelidikan sejarah di Pantai Teluk Cempedak.
Gambar 1: Bergambar di Kubu Pertahanan British
Gambar 2: Pandangan Kubu British dari sisi.
Gambar 3: Kedudukan Kubu berhampiran pantai Teluk Cempedak.
Sebagai persiapan awal menentang Jepun, kerajaan British di Tanah Melayu telah membina kubu pertahanan di Pantai Teluk Cempedak. British telah menempatkan Briged ke-22 India di Kuantan kerana mejangka Jepun akan melakukan pendaratan dari laut, di pesisiran pantai negeri Pahang. kawasan yang dikenalpasti termasuklah Pantai Teluk Cempedak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan