Khamis, 29 Disember 2016

DATO’ MOHD KHAIRUDIN MOHD KAWI TOKOH KEMERDEKAAN PAHANG

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PENGENALAN
      Dato’ Haji Mohd.Khairuddin bin Mohd.Kawi dilahirkan di Kampung Jampong, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur pada 10 Dzulkaedah 1396H bersamaan 27 Julai 1928.[1] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kuala Lipis. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Clifford, Kuala Lipis setakat Junior Cambridge kerana perang meletus di antara Jepun dengan pihak Bersekutu bermula pada 8 Disember 1941.[2]

      Menurut anak angkat beliau,Encik Mohamad Adam Bin Lambak, Dato’ Haji Mohd.Khairuddin Mohd.Kawi telah berkahwin dengan Datin Hajjah Zainab bt Haji Razali. Beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu anak sulungnya Rosmi Hayati yang bekerja sebagai pensyarah. Anak kedua beliau Mimi Khairani Haji Mohd.Khairuddin bekerja di Pejabat Tanah, Jerantut. Manakala anak bongsunya Lili Muliani tidak bekerja.[3]

       Menurut Dato’Khairuddin Haji Mohd. Kawi, sikap anti penjajah telah ditanam di dalam jiwanya sejak kecil lagi kerana bapanya Mohd Kawi merupakan seorang pejuang kebangsaan yang menyertai Angkatan Pemuda Insaf turut menentang British. Bapanya pernah ditangkap dan dipenjarakan oleh kerajaan British kerana bergiat cergas menentang British di Kuala Lipis. Pengalaman bapanya dalam bidang politik menjadi perangsang kepada beliau untuk turut terlibat dalam gerakan sulit menentang Jepun. Dato’ Khairuddin Kawi meninggal dunia pada tahun 2013 kerana sakit tua.[4]
   Menemu ramah allahyarham Datok Khairuddin Kawi di PSS SMK Jengka 2 2009



[1]Temuramah Encik Ahmad Yaakob dengan Datok Khairuddin Kawi pada 29 September 2009.
[2] Buku Program Bicara Merdeka, (Jabatan Kebudayaan, Keseniaan & Warisan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Lipis, 7 September, 2006),.8. 
[3] Temuramah dengan Adam bin Lambak pada 30 Januari 2014.
[4] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan