OLEH: AHMAD BIN YAAKOB -SMKJ2
Pintu Masuk Kompleks Sejarah
Pasir Salak
Kompleks Sejarah Pasir Salak
terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ia telah dibuka dengan
rasminya oleh DYTM Raja Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak, pada 26 Mei 1990 dan
dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini
merupakan memorial terpenting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat
Negeri Perak.
Konsep asal penubuhannya merupakan satu
bentuk rakaman sejarah yang memperingatkan betapa pentingnya peristiwa berdarah
Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen
di Malaysia. Pembunuhan Residen British, JWW Birch telah mencetuskan peperangan
di antara pihak Pentadbiran Kolonial British dengan orang Melayu.
Perjananan saya menjejak sejarah bermula
dengan bertolak dari Bandar Tun Razak Jengka jam 10.00 pagi ke UPSI untuk
mengambil anak saya yang akan membawa kami ke Pasir salak. Projek ini merupakan
persiapan awal untuk saya mengadakan pameran dan ceramah sempena Sambutan Hari
Merdeka di SMKJ2. Saya mengambil masa selama dua hari iaitu hari Sabtu 21
Disember 2013 hingga Ahad 22 Disember 2013 untuk menjejak Sejarah Pasir Salak.
Saya dan keluarga menginap di Pasir Salak Resort.
Pintu masuk Resort Pasir Salak
RESORT PASIR SALAK
Bergerak ke Bilik Penginapan
Bilik 221-A Maharaja Saamah
Rumah penginapan
Kemudahan di bilik tidur
Surau berdekatan Pasir Salak Resort
Kemudahan Kolam Renang
Pemandangan sekitar resort
Kawasan pejalan kaki di tebing Sungai Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan