OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada 1984 saya menyertai rombongan KAMSIS
E, Universiti Kebangsaan Malaysia melawat Muzium Negara, Kuala Lumpur.Ini
merupakan kali pertama saya menyerai lawatan KAMSIS E, sejak mula menetap di
Kamsis tersebut pada bulan Jun 1984. Sebagai pelajar sejarah tahun 1 di Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, saya mengambil kesempatan untuk melihat dan
mengkaji kesan Darurat 1948 sehingga menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi Great Britain, Sir Henry
Gurney diserang hendap dan ditembak mati pada 5 Oktober 1951.
Pada 5
Oktober 1951, bekas Pesuruhjaya Tinggi Great Britain, Sir Henry Gurney, isteri
dan setiausahanya, Encik D.J Staples sedang dalam perjalanan Bukit Fraser untuk
menghadiri suatu mesyuarat. Parti Komunis Gerila Malaya telah menyerang hendap
Rolls Royce semasa tempoh Darurat Malaya. Sir Henry Gurney terbunuh sewaktu
beliau keluar ke arah bedilan itu demi melindungi isteri dan setiausahanya.
Walaupun, isteri dan setiausaha beliau terlepas tanpa kecederaan, namun
terdapat kesan tembakan sebanyak 35 lubang peluru yang dikira pada Rolls Royce.[1]
Kereta ini kemudiannya digunakan sebagai
kenderaan Kerajaan Negeri oleh Almarhum Raja Tun Uda, Gabenor Pulau Pinang yang
pertama pada 1 September 1957. Pada tahun 1967, Kerajaan Negeri memutuskan
supaya kereta ini dipamerkan di muzium apabila sebuah kereta ‘Cadillac’ baru
dibeli sebagai gantinya.Kereta ini adalah buatan model 1951 dengan RE8812
sebagai nombor enjinnya. Kereta ini berasal dari England dan dihadiahkan oleh
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 25 April 1979. Kereta ini yang
sepatutnya didaftarkan dengan nombor P1.[2]
Bergambar di depan kereta Henry Gurney yang ditembak komunis 1951
Tiada ulasan:
Catat Ulasan