OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahap ketiga, iaitu antara
tahun 1926 hingga Perang Dunia Kedua, “…33 buah akhbar telah diterbitkan.”[1]
Noriah Dermawan menyifatkan, “…tahun 1930-an adalah zaman keemasan di dalam
perkembangan akhbar Melayu.”[2]
Bagi Roff zaman ini adalah zaman akhbar-akhbar besar iaitu “…Warta Malaya,
Lembaga, Majlis dan Utusan Melayu.”[3]
Akhbar-akhbar ini merupakan akhbar, “… “metropolitant” akhbar yang dianggap
berpengaruh dan mempunyai edaran ke seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan
singapura.”[4]
Sementara itu,menurut W.R.
Roff, pada tahun 1930-an peranan Singapura sebagai nadi kewartawanan mula
merosot dan kegiatan kewartawanan mula berpusat di Tanah Melayu.
Akhbar mula diterbitkan untuk
mendapat keuntungan dan mula terdapat wartawan yang bekerja
sepenuh masa seperti Ishak Hj. Muhammad. Manakala bidang “…kewartawanan menjadi
satu mata pencarian dan orang-orang surat khabar seperti Onn Jaafar, Othman
Kalam dan Abdul Rahim Kajai telah menjadi nama-nama yang terkenal.”[5]
Datok Onn pula telah muncul sebagai tokoh nasionalis yang memimpin akhbar Warta
Malaya[6] dan Lembaga Malaya.[7]
Melalui akhbar-akhbar tersebut Datok Onn
mengkritik dasar British
secara lembut serta
meminta kerajaan memberi peluang
kepada orang Melayu memengang jawatan
penting dalam kerajaan. Beliau juga membahaskan isu Melayu, isu mengembalikan
kuasa Majlis Undangan
Negeri Melayu Bersekutu, bahaya
tuntutan imigran, soal pendidikan
tinggi untuk orang-orang Melayu
dan kemajuan ekonomi Melayu.[8]
Akhbar-akhbar terkemuka
seterusnya ialah Majlis[9] dan Utusan Melayu.[10]
Menurut A. Samad Ismail, penubuhan Syarikat Utusan Melayu pada tahun 1939
adalah satu detik penting dalam sejarah orang Melayu Singapura. Ini kerana Utusan
Melayu menjadi bukti kejayaan jati diri mereka mendirikan sebuah syarikat
yang dimodali dan dikendalikan sendiri oleh orang Melayu.[11]
Dari segi kandungan pula Utusan dan Majlis memuatkan perbincangan
ekonomi, kedudukan siasah
di Malaya dan soal hangat
seperti soal kerajaan
pusat, kedudukan orang
Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan, siapa orang Melayu jati dan soal pelajaran.[12]
Seterusnya, Kesatuan Melayu Muda pimpinan
Ibrahim Yaakob telah menggunakan
akhbar Warta Malaya dan Majlis
untuk menyalurkan perjuangan KMM.[13]
Pihak Jepun memberi bantuan kewangan kepada Ibrahim Yaakob untuk
membeli akhbar Warta Malaya yang menjadi alat untuk
membangkitkan Semangat anti-British di Malaya.
Semasa pendudukan Jepun
(1941-1945), cuma10 buah akhbar sahaja diterbitkan.[14]
Ini kerana Jepun menguasai penerbitan akhbar-akhbar Melayu dan menerbitkan
akhbar-akhbar Jepun sendiri untuk menyiarkan propaganda menyokong Jepun. Akhbar
yang selaras dengan kehendak Jepun sahaja boleh diterbitkan. Contohnya Majlis
menerbitkan akhbar Perubahan Baru,manakala dipercetakan Utusan
Melayu pula dikeluarkan Warta Malai. [15]
Menurut Noriah,di Perak diterbitkan dua buah akhbar iaitu, Chahaya Timur dan
Berita Perak. Di Pulau Pinang diterbitkan akhbar Penang Shimbun Sha dan
Pancaran Matahari. Manakala di Kuala Lumpur diterbitkan akhbar Perubahan
Baru dan Berita Malai.[16]
Selepas perang, akhbar Majlis, Utusan Melayu dan
Warta Negara memainkan peranan utama untuk membangkit semangat penduduk
Malaya bagi menentang Malayan Union. Penentangan ini berpunca dari “penghapusan
kedaulatan dan kuasa -kuasa sultan
dan pemberian kerakyatan kepada imigran menerusi prinsip jus soli”.[17] Antara tahun 1946 hingga 1955 akhbar-akhbar
utama di Malaya seperti Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara dan Pengasuh
banyak menumpukan kepada soal perkembangan UMNO dan soal kemerdekaan.[18]
Selain daripada
membahaskan kepincangan ekonomi dan
sosial serta kegiatan politik orang Melayu, akhbar juga turut memuatkan penulisan pensejarahan Melayu.
Contohnya pada akhir abad ke-19 terdapat dua buah akhbar yang menyiarkan makalah
sejarah iaitu Tanjong Penegeri dan Pemimpin Warta.[19]
Seterusnya antara tahun 1900 hingga 1920. Jumlah akhbar yang
memuatkan penulisan pensejarahan meningkat dari dua kepada enam buah. Contohnya
Chahaya Pulau Pinang, Taman Pengetahuan, Neraca, Lembaga
Melayu, Lidah Teruna dan Pengasuh.[20]
Pada tahun 1920 hingga 1955 kesedaran sejarah di kalangan
golongan intelegentsia semakin meningkat sehingga kebanyakkan daripada
akhbar-akhbar Melayu menyediakan
ruangan khusus untuk
sejarah. Berdasarkan kajian didapati sebanyak enam belas buah akhbar telah
menyiarkan makalah pensejarahan
Melayu. Akhbar bercorak keislaman seperti Suara Benar, Lidah Benar dan Pengasuh
memberi tumpuan kepada pensejarahan Islam. Manakala akhbar sekular seperti
Majlis, Warta Malaya, Warta Ahad dan Lembaga Malaya
pula menyiarkan pensejarahan tempatan, Eropah, pensejarahan biografi,
politik, sosial dan ekonomi.
Dari segi penerbitan
persuratkahabaran Melayu pula, Singapura menduduki tempat pertama dengan
menerbitkan 15 buah akhbar, sementara Pulau Pinang 10 buah akhbar serta Perak 5
buah akhbar. Manakala Kelantan menduduki tempat kelima dengan menerbitkan 3
buah akhbar.[21]
Kelantan juga muncul sebagai penerbit majalah kelima banyaknya dalam tempoh
tahun 1876 sehingga 1941 di Tanah Melayu, iaitu “…menerbitkan 16 judul…”.[22]
[6]Diterbitkan
Januari 1930 di Singapura.
[7]Diterbitkan
di Singapura pada Disember 1934.
[8]W. R. Roff, Nasionalisma
Melayu, hlm. 214.
[9]Majlis diterbitkan di Kuala Lumpur
pada tahun 1931-1941 dan pengarang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
[10]Utusan Melayu diterbitkan
pada 29 Mei 1939 oleh Yusof Ishak, Embok Suloh dan Daud Md. Syah dan Rahim Kajai menjadi penyunting pertama.
[12]W. R. Roff, Sejarah Surat-Surat Khabar Melayu,
hlm. 38
[13]KMM ditubuhkan oleh Ibrahim
Yaakob pada Ogos 1938 dan berjuang untuk
menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia.
[17]Abdul Hamid Ahmad, Penentangan
Orang-Orang Melayu Terhadap Malayan Union, Mini Tesis Jabatan Sejarah
Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
1979/1980, hlm. 11.
[19]Antara makalah sejarah yang
di siarkan ialah sejarah tempatan dan Peperangan Turki dan Greece.
[20]Pengasuh melalui
ruangan “Tarikh”, “Ruangan
Hikayat”, ”Rencana”, ”Adakah
Engkau Tahu”, Rampaian Pengetahuan” dan “Sudut Riwayat” telah
menyiarkan banyak penulisan pensejarahan Islam, tempatan, poltik, sosial dan ekonomi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan