oleh - AHMAD BIN YAAKOB
Penulis bergambar bersama Haji
Salleh Omar di Pejabat Warisan Jengka, Bandar Pusat Jengka.
Haji Salleh Omar dilahirkan pada 2 April
1952 di kampung Raja Chenor Temerloh Pahang.Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Chenor dari darjah 1 hingga darjah 6.Selepas tamat pengajian
di darjah 6,beliau menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan
Temerloh sehingga tingkatan 5.Pada tahun 1973 Tuan Haji Salleh Omar kemudiannya
mengambil peperiksaan STPM di Maktab Adabi Kuantan sehingga lulus.
Setelah lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan STPM,pada tahun1974 Haji Salleh Omar telah melanjutkan pelajaran ke
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan ekonomi.Semasa di
Universiti,beliau terlibat dalam aktiviti sukan seperti bola sepak,sepak
takraw, badminton dan juga aktif dalam Persatuan Anak Negeri (Pahang).Tuan Haji
Salleh Omar juga dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) semasa orientasi
pelajar-pelajar baru universiti.Beliau mendapat ijazah setelah tamat pengajian
di UKM pada tahun 1978.[1]
Selepas tamat belajar di UKM sebagai
pemegang biasiswa DARA, beliau mula bertugas di Lembaga Kemajuan Wilayah Pahang
(DARA) Kuantan. Beliau menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah, Bahagian
Tanah. Beliau mula bertugas di pejabat DARA pada 16 Ogos 1978 sehingga tahun
1982. Semasa berada di bawah DARA tersebut, beliau sempat bertugas di beberapa
bahagian. Antaranya adalah bahagian tenaga manusia dan latihan. Pada tahun
1983, beliau telah dipindahkan cawangan
DARA di Muadzam Shah.
Pada tarikh 16.5.1988 pula, beliau telah
berpindah ke Lembaga Kemajuan Wilayah
Jengka. Di LKWJ, beliau telah menubuhkan dan mengetuai satu bahagian sosial dan
institusi yang memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian. Daripada tahun 1996
hingga 1997, beliau telah ditukarkan di beberapa bahagian di jabatan lain
seperti bahagian perancangan dan perlaksanaan dan juga di bahagian hartanah
serta di kerajaan tempatan. Pada 16.3.1997 terdapat khabar berita yang
mengatakan bahawa LKWJ akan dibubarkan.
Pada tahun 1999 beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar Lembaga
Kemajuan Wilayah Jengka sehingga sehingga ia dibubarkan dengan rasminya pada
2.10.2000 .[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan