OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dalam usaha mempertahankan agama
dan tanah air, bukan sedikit pengorbanan dituntut, usahkan keringat, malah
rembesan darah juga ada kalanya seakan-akan lumrah bagi mereka yang sanggup
mati demi kedaulatan negara tercinta. Tokoh tersebut ialah Mat Kilau.
Kemunculan semula legenda itu pada 26 Disember 1969 menggemparkan tanah air
selepas beberapa kali dikatakan meninggal dunia ketika menentang penjajah.[1]
Semasa kebangkitan Datuk Bahaman, Mat
Kilau turut melibatkan diri dengan akan menyerang pasukan British di Kuala
Lipis. Pada 1892, Lt. Kolonel Walker dan
Hugh Clifford telah memasuki dan membakar daerah Budu, iaitu Kubu Mat Kilau.
Mat Kilau dapat menyelamatkan diri dan menyertai kumpulan Datuk Bahaman di
kawasan Ceka. Dari situ Mat Kilau bergerak terus menentang penjajahan British
di Pahang.[2]
Mat
Kilau selepas muncul kembali 26 Disember
1969.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan