OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Pengetua SMK Jengka 2, pagar gelanggang permainan serbaguna yang dibuat secara gotong-royong oleh guru, pekerja am dan pelajar sekolah siap pada tahun 1987. Pada tahun 1987 juga SMK Jengka 2 mendapat peruntukan dari pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pahang untuk membina padang sekolah. Menurut Muhammad Zain Mat tapak asal padang sekolah ialah tapak rumah Peneroka Tambahan Felda Jengka 2.[1]
Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 ini masih dalam proses penanaman rumput secara gotong-royong. Keadaan padang belum sempurna dan memerlukan peruntukan untuk pembinaan pagar dan perparitan serta tangga bertingkat.[2] Menurut Haji Zawawi Ismail beliau bersama-sama dengan pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 terlibat dengan projek gotong-royong menanam rumput di Padang Sekolah. Menurut beliau lagi rumput yang tumbuh di sekitar sekolah dicangkul dan dibawa turun untuk ditanam di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan