Juragan
merupakan kartunis yang memulakan Siri kartun Dialog Kota Raya sejak Harian
Metro diterbitkan pada 25 Mac 1991.[1] Kartunis
Mohd Desa Omar atau lebih popular dengan nama penanya, Juragan menyumbang
kreativitinya untuk akhbar Harian Metro sejak awal penerbitan akhbar ini.
Pembabitan Juragan dalam dunia kartun bermula sejak 1978 ketika beliau berusia
13 tahun. Ketika itu, Juragan mula berkarya secara sambilan untuk majalah
Gila-Gila. Di majalah Gila-Gila, Juragan mendapat bimbingan kartunis tersohor,
Rejabhad. Kemudian, apabila berusia 18 tahun, Juragan berkhidmat secara sepenuh
masa sebagai penerbit di majalah Batu Api bersama kartunis Mishar. Sebelum
melukis kartun untuk akhbar Harian Metro, Juragan pernah menyepi seketika dari
bidang ini. Beliau bertugas sebagai guru selama kira-kira 10 tahun sebelum
kembali menjadi kartunis.[2]
Saya mengikuti kartun Dialog Kota Raya
oleh Juragan sejak tahun 1991 lagi. Ketika itu saya menetap di Pekan dan
mengajar di SMK Tengku Abdullah. Saya mula membeli Harian Metro pada tahun
1991, tetapi mula melanggan akhbar ini pada tahun 1992 hingga sekarang. Saya
amat meminati kartun Juragan, Mungkin kerana pada awal persekolahan saya pernah
menjadi pelukis kartun sambilan dan behenti melukis setelah melanjutkan
pelajaran ke UKM pada tahun 1984.
Dialog Kota Raya siaran hari Rabu 21
Oktober 1992 memaparkan peristiwa perlantikan Pengurus baru Pasukan Bolasepak
Selangor Datok Haji Mohd. Aini
Taib. Datok Aini Taib menjawat jawatan
sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Selangor mulai tahun 1993-1998.Beliau
berjaya membawa pasukan Bolasepak Selangor menjuarai Piala Malaysia pada tahun
1995,1996 dan 1997.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan