Selasa, 20 Disember 2016

NUR AMALINA BINTI ZOLKAFELI PELAJAR CEMERLANG STPM DAERAH MARAN 2014

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
      Nur Amalina binti Zolkafeli berasal dari Kuantan dan menetap di No 4 Jalan 6 PRKE Sungai Isap Damai. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangi pada tahun 2008-2012. Pada tahun 2013 beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK Jengka 2.[1]

      Sepanjang menghabiskan pengajian peringkat STPM beliau menetap bersama nenek dan emak saudaranya Puan Rohana Mat Ripin di Felda Jengka 3. Beliau belajar di Tingkatan  6R Al-Razi pada tahun 2013. Beliau mengambil mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Sejak Tingkatan 6 Rendah beliau sentiasa berada di rangking pertama di SMK Jengka 2. Semasa keputusan STPM 2014 beliau mendapan 5P A dan muncul sebagai pelajar terbaik Daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Kini beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia.[2]

   FOTO 1-NUR AMALINA ZOLKAFELI SEMASA PROGRAM MOTIVASI DI DEWAN AL- 
                  KHINDI.


[1]Temu ramah dengan Nur Analina Zolkafeli pada 1 Ogos 2016.
[2] ibid

1 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu.. Tanpa cikgu.. Saya takkan berjaya.. ilmu cikgu curahkan.. Akan saya ingat.. Semoga Allah balas jasa cikgu..
    Sekian dari Amalina

    BalasPadam